Ciri-ciri stesen Stesen_LRT_Taman_Melati

Lokasi

Stesen Taman Melati terletak berdekatan sempadan Kuala Lumpur-Selayang, dan dibina sepanjang Persiaran Pertahanan. Taman perumahan berdekatan stesen ini adalah Taman Melati, Gombak Setia, Taman Setapak Jaya, dan Taman Cemerlang. Stesen ini juga terletak berhampiran Pangsapuri Gombak, pusat membeli-belah M3, SMK Setapak Indah dan Masjid Salahudin Al-Ayyubi.

Pelan stesen

L1
Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri
KJ Arah Selatan5 Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ37  Putra Heights (Wangsa Maju)
KJ Arah Utara5 Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ1  Gombak
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri
GAras tanahMesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, pintu masuk/ keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian

Stesen ini adalah stesen bertingkat dimana aras legar terletak di atas tanah. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif. Selain itu, kemudahan parkir disediakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).[2] dan rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[3]

Perkhidmatan bas

Bas RapidKL laluan T202 dan T203 berkhidmat di stesen ini.